Terpampang di dada-dada akhbar tentang Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digantung tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO. Bila begitu, ramai juga ‘ahli-ahli parlimen kedai kopi dan Facebook’ yang berbahas tentang isu dalaman UMNO ini di media sosial.
Ada yang marah, ada yang kecewa. Ada yang kata ‘no komen’. Ada yang setuju dan sokong. Ada pula yang kata ‘padan muka’. Ada yang jadi ‘batu api’, ada yang ‘tumbuk meja’. Ada yang merah muka, ada pula yang ketawa sampai keluar air mata.
Reaksi umum yang bercampur-campur. Tidak solid dan jika diteliti, ia tidak melambangkan majoriti. Ada di kalangan mereka yang bukan ahli UMNO, malah ada yang ahli PAS, PKR dan tidak berparti. Ada yang pernah jadi calon bebas lawan UMNO dan ada pula yang langsung tidak daftar mengundi, apatah lagi pernah mengundi…
Pada pandangan penulis, tindakan dan keputusan kolektif yang diambil oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu sangat ringan untuk Muhyiddin. Jika dibandingkan dengan zaman Presiden-Presiden UMNO terdahulu terutama Tun Dr Mahathir Mohamad dulu, kalau tidak meletak jawatan, maka sedialah untuk dipecat.
Tapi Muhyiddin hanya digantung tugas sahaja. Beliau tetap Timbalan Presiden pada jawatan kerana yang digantung itu hanyalah tugas. Jawatan atau tugas lain langsung tidak disentuh MT. Beliau boleh bertanding atau cabar Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak pada pemilihan UMNO nanti jika mahu.
Sudah menjadi tradisi politik negara, mana-mana Timbalan Presiden yang ‘serang’ Presiden selalunya tidak lama jangka hayat politiknya. Mat Sabu sebagai contoh, ‘bungkus’ terus pada pemilihan PAS yang lalu, keluar parti dan nobatkan diri jadi Presiden Parti Amanah Negara.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim contohnya, bila berseteru dengan Presiden UMNO dalam politik, habis dikorek dan didedahkan segala kesalahan dan jenayahnya bagi mencari jalan supaya dipecat segera. Sekurang-kurangnya Muhyiddin belum lagi diperlakukan sebegitu dan khabarnya beliau tidaklah ‘sesuci’ mana.
Bagi penulis, reaksi bercampur dari masyarakat umum adalah normal. Malah jika diteliti, reaksi negatif yang ditunjukkan rakyat ketika Anwar dipecat dulu lebih teruk keadaannya. Ketika Anwar dipecat dulu, Malaysia jadi tumpuan dunia, meriam air pun terpaksa dikerah ke jalanraya membersihkan ‘sampah sarap’…
Jadi, apa yang berlaku pada Muhyiddin tidaklah seteruk apa yang berlaku di zaman Anwar dulu. Mungkin perbandingan dua reaksi itu boleh disimpulkan sebagai Muhyiddin tidaklah terlalu hebat sangat pengaruhnya jika dibandingkan dengan Anwar. Politiknya, Muhyiddin ‘tewas’ di tangan Anwar.
Pada pandangan penulis, jika Anwar pun Muhyiddin tidak mampu tewaskan, apatah lagi berdepan dengan Najib dan majoriti warga UMNO di seluruh negara? Jika bersandarkan 200-300 Ketua Cawangan dari lebih 20,000 Ketua Cawangan, dan hanya dibantah 2-3 UMNO Bahagian saja, apakah Muhyiddin fikir beliau terlalu besar pengaruh politiknya?
Seterusnya silalah sambung bacaan anda di ( SINI )
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1ThRY3q
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself