Halloween party ideas 2015

Bom Di Damansara Tiada Kaitan Dengan IS | Bom buatan sendiri yang ditemui di sebuah unit kondominium di Damansara Perdana tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Negara Islam (IS).

Bom Di Damansara Tiada Kaitan Dengan IS

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, insiden tersebut sememangnya adalah salah laku jenayah, tetapi bukan ancaman pengganas.

"Keselamatan negara dalam keadaan terkawal, dan polis masih belum mengenal pasti motif kejadian. Kita mengesan beberapa kemungkinan, dan tiada satupun dikaitkan dengan IS.

"Ia disebabkan oleh tindakan pihak tertentu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Rumah Gapena di sini, Ahad.

Lima bom buatan sendiri ditemui polis di sebuah unit apartment di Damansara Perdana pada pagi Ahad.

Keadaan itu menyebabkan pemidahan sementara melibatkan kira-kira 200 penduduk.

Kesemua bom tersebut dibawa ke kuari berhampiran dan diletupkan.

Ahmad Zahid berkata, polis mengadakan serbuan ke atas rumah berkenaan berdasarkan aduan mengenai aktiviti haram dijalankan.

"Siasatan polis akan diteruskan. Saya memberi jaminan kepada orang terutama penduduk di apartment tersebut bahawa polis sentiasa bersedia mengendalikan hal keselamatan," katanya.

sumber
http://ift.tt/1qSxG4l


from KeZooM http://ift.tt/23RKMgn
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.