Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan hukuman penjara sembilan bulan yang dikenakan ke atas aktivis sosial Hishamuddin Rais kerana menghasut.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat menerima rayuan oleh Hishamuddin.

"Kami dapati tidak ada alasan untuk mengganggu keputusan Mahkamah Sesyen," kata Tengku Maimun dalam penghakimannya.

Penghakiman itu disambut dengan tepukan oleh ramai penyokong Hishamuddin yang hadir pada perbicaraan hari ini.

Hishamuddin dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Tinggi pada Januari lalu kerana menghasut selepas rayuan pihak pendakwaan untuk hukuman yang lebih berat dibenarkan. 

Mahkamah Sesyen sebelum ini menjatuhkan hukuman denda RM5,000. 

Pada tahun 2013, bersama-sama dengan ahli politik Tian Chua, Tamrin Ghafar dan aktivis Adam Adli Abdul Halim, Haris Ibrahim dan Muhammad Safwan Anang, Hishammuddin didakwa menghasut berhubung mereka di forum yang dibuat pada 13 Mei. 

Hishamuddin dan yang lain didakwa mengapi-apikan rakyat untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan selepas BN memenangi pilihan raya umum walaupun pembangkang memperolehi undi populariti lapor Malaysiakini





from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1Xe1Hrw

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.