Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa dikatakan akan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) malam ini.
Beberapa pemimpin AMANAH ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, yang akan diumumkan dalam acara di Cyberjaya malam ini.
“AMANAH,” kata seorang pemimpin AMANAH ketika ditanya sama ada Husam memilih AMANAH atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mereka bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut tetapi yakin anak didik bekas mursyidul am PAS allhayarham Datuk Nik Aziz Nik Mat itu mampu memperkasakan parti baru itu.
Langkah ini sudah dijangkakan pelbagai pihak, walaupun perkara itu sudah beberapa kali dinafikan sebelum ini.
Bekas exco kanan kerajaan Kelantan itu dijangka diberikan peranan besar membantu gerak kerja AMANAH di peringkat nasional dan negeri.
Acara malam ini bukan yang pertama kali buat Husam di pentas AMANAH, parti serpihan PAS.
Beliau sebelum ini pernah berucap dalam acara makan malam AMANAH di Petaling Jaya Januari tahun lalu.
Husam dipecat daripada PAS pada 6 Mei lalu selepas sering mengkritik kepimpinan parti, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaacob yang juga timbalan mursyidul am.
Selepas empat bulan 'berlayar' tanpa arah yang jelas, Husam malam tadi berkata akan mengumumkan menyarung 'jersi' kerana “berjuang bersendirian ternyata bukan suatu pilihan”.
Husam antara sekumpulan besar kumpulan yang kalah dalam pemilihan PAS di Kuala Selangor pada 2015, yang kemudian membentuk AMANAH lapor MalaysiaKini
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/2c4orHI
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself