NEW DELHI: India dijangka mengenakan dakwaan keganasan terhadap pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik, selain mengisytiharkan Yayasan Penyelidikan Islam (IRF) yang diasaskan beliau sebagai pertubuhan 'haram.'
Sumber kerajaan berkata, pelan tindakan serampang dua mata terhadap Naik, yang juga menjadi mangsa tuduhan 'sumber inspirasi' serangan di Dhaka Julai lalu, diusahakan berdasarkan penelitian terhadap ucapan pendakwah berkenaan
Mereka berkata, Kementerian Dalam Negeri, memutuskan untuk mendakwa Naik menurut Akta Pencegahan Aktiviti Haram (UAPA) kerana ucapannya yang didapati berunsurkan gesaan berjihad
"Asas utama bagi mengenakan dakwaan keganasan terhadap Naik adalah kenyataan mereka yang terbabit dalam tindakan ganas sebelum ini, mengaku mereka terpengaruh dengan ucapannya," kata seorang pegawai perisik
Naik, yang berada di luar negara ketika siasatan mengenai serangan di kafe mewah di Dhaka menonjolkan beliau sebagai sumber inspirasi penyerang, membatalkan rancangan beliau kembali ke India
Pihak berkuasa juga memutuskan untuk menggunakan UAPA bagi mengharamkan IRF atas dakwaan ia menyebarkan kebencian antara komuniti agama menerusi ucapan awam, aktiviti dan 'paksaan bertukar agama' oleh anggotanya
Sebaik IRF dan persatuan sekutunya diisytiharkan sebagai 'haram', ia berhadapan penutupan pejabat dan kepentingannya di seluruh negara itu
Sumber juga berkata, Biro Perisikan mengumpulkan senarai ceramah provokatif Naik dan menghantar ia kepada Kementerian Dalam Negeri, yang memanjangkan ia kepada Agensi Penyiasatan Kebangsaan (NIA) untuk tindakan lanjut. - Bharian
from Lagi Berita http://ift.tt/2br2K3x
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself