Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas
Kenderaan Ali Tinju, bekas tentera dan juga aktivis politik, disembur cat merah sewaktu beliau memberi keterangan di ibu pejabat polis Bukit Aman.
Seorang ketua gerakan protes “baju merah” berkata perbuatan khianat itu berlaku di bangunan tempat letak kereta bertingkat di depan bangunan Bukit Aman di sini semalam. Ali, atau nama asalnya Mohd Ali Baharom, memuat naik beberapa keping gambar kereta Toyota Camry miliknya yang disembur di bahagian sisi kiri dan kanan. “Kereta saya kena cat merah… saya diminta hadir ke Bukit Aman oleh polis. Tempat letak kereta bertingkat Bukit Aman,” katanya di Facebook malam tadi. Ali disiasat bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atas dakwaan sengaja mengaibkan atas niat mengganggu ketenteraman. Isnin lalu, beliau dalam satu rakaman video di luar pejabat polis Dang Wangi menggesa polis “jangan makan tidur, makan tidur” dan segera menahan penganjur himpunan Tangkap MO1. Himpunan anjuran mahasiswa diadakan Sabtu lalu di sini bagi mendesak 'Malaysia Official 1' atau MO1 ditangkap polis berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). MO1 disebut dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat yang ingin merampas aset dua warga Malaysia yang didakwa menyalahguna dana 1MDB. MO1 tidak dinamakan dalam dokumen tersebut tetapi Datuk Abdul Rahman Dahlan, menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata MO1 itu merujuk Datuk Seri Najib Razak. Namun perdana menteri bukan subjek siasatan DOJ, tambahnya, yang juga pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional. - See more at: http://ift.tt/2cm2wN0
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/2c0z6Ws
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself