Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Seorang pegawai dan 20 anggota polis dari pelbagai unit dan bahagian ditahan dalam dua serbuan berasingan ke atas dua premis perjudian di Jalan Air Panas, di sini, tengah hari tadi.

Dalam serbuan sekitar jam 12.50 tengah hari itu, semua pegawai dan anggota terbabit ditahan bersama 12 orang awam yang dipercayai pelanggan serta sembilan penjaga kedua-dua premis berkenaan.



Serbuan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dan dibantu Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Polis Kontinjen Kuala Lumpur, turut membawa kepada rampasan 57 mesin judi atas talian dan 4 simulator berunsurkan perjudian.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata siasatan lanjut sedang dijalankan ke atas semua pegawai dan anggota polis yang ditahan sebelum tindakan susulan diambil.

"Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam sebarang bentuk kesalahan seperti ini termasuk membabitkan pegawai dan anggota polis sendiri.

"Pihak JIPS akan sentiasa melakukan pemantauan secara berterusan terhadap aktiviti jenayah dan masalah sosial yang membabitkan warga kita (polis) sendiri," katanya ketika dihubungi BH



Selanjutnya di : http://ift.tt/2bXwhCR

from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/2c29E4w

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.