Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu selama 45 minit dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.


Dalam pertemuan itu, kedua-dua mereka bersetuju mengenai keadaan politik semasa negara dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus berundur.

Ini adalah pertemuan kali kedua membabitkan kedua-dua tokoh berkenaan. Mahathir ketika ditemui selepas pertemuan itu berkata, mereka komited untuk mengukuhkan pembangkang.

"Kita (BERSATU) komited untuk mengukuhkan pembangkang," kata Pengerusi BERSATU itu.

"Mengenai pertemuan kami, kami berdua bersetuju mengenai hal-ehwal politik semasa negara, dan bahawa PM Najib harus pergi kerana dia menjual negara ini," katanya.

Mahathir membuat kejutan dengan kehadiran beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 11.45 hari ini dan duduk di samping Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Kes di mahkamah itu berhubung saman Anwar terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Pertemuan tersebut berlangsung semasa mahkamah berhenti rehat.

Terdahulu sebelum prosiding mahkamah bermula presiden BERSATU yang juga bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bertemu Anwar.

Peguam Anwar, Sivarasa Rasiah memberitahu Hakim Azizul Azmi Adnan di mahkamah bahawa mereka sedang mempertimbangkan untuk memanggil Mahathir dan Muhyiddin sebagai saksi mereka lapor Malaysiakini





from Anak Sungai Derhaka http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2017/02/mahathir-temui-anwar.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.