Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tidak dapat menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertujuan untuk memperkasakan mahkamah syariah kerana ia tidak dijelaskan secara terperinci.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata rang undang-undang itu sepatutnya diterangkan secara jelas terutamanya sama ada segmen tertentu dalam masyarakat seperti wanita dan kanak-kanak akan menerima kesannya.

"Kami sebagai Ahli Parlimen BN, tidak hanya akan bersetuju atau tidak bersetuju tanpa mengetahui butirannya.

"Jika kita ada sesuatu seperti ini pada masa depan, kita mahu diberikan lebih banyak penjelasan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen pada Khamis.

Beliau diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan tidak akan mengambil alih pembentangan pindaan akta itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Rabu mengumumkan ia akan kekal menjadi RUU Persendirian.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong mencadangkan agar penelitian dan pindaan perlu dibuat terhadap rang undang-undang itu sebelum ia dibentangkan di Parlimen.

"Teliti perkara itu dan pastikan ia akan membantu golongan tertentu.

"Sebagai orang Islam, saya akan menyokong apa yang baik untuk masyarakat Islam tetapi ia perlu diberi penjelasan yang betul," katanya lapor mStar Online


Hmmm... nasib baik dia ni MP dari BN.. kalau MP Pembangkang pakai ada pulak puak yang nak tanam dia kat jirat Cina la..





from Anak Sungai Derhaka http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2017/03/ruu-355-hadi-tiada-penjelasan.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.