Kerana Ilmu Penunduk, Wanita Di Ugut Bomoh Siam | Seorang wanita rakyat tempatan rugi RM50,510 setelah terpedaya dengan tawaran belajar ilmu penunduk daripada seorang bomoh Siam yang dikenalinya sejak November tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, mangsa berusia 51 tahun itu mendakwa menyerahkan wang berkenaan secara berperingkat, sebanyak 15 kali sejak Jun hingga Julai lalu menggunakan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) suaminya.
"Suspek Arnisa Doloama atau lebih dikenali sebagai Aisyah, 31, kemudian mengajar mangsa jampi yang kononnya ilmu penunduk.
"Suspek turut menyerahkan botol dikatakan mengandungi minyak 99 yang berkuasa menundukkan mana-mana individu dengan mencalitkannya," katanya.
Menurutnya, mangsa bagaimanapun menyedari ditipu apabila jampi dihafalnya tidak berkesan.
"Malah, mangsa mendakwa diugut bomoh itu supaya membayar sejumlah wang jika tidak mahu dijampi supaya ditimpa malapetaka.
"Tidak tahan dengan ugutan itu, mangsa akhirnya membuat laporan kira-kira jam 1 tengah hari, 21 September lalu.
"Berikutan itu, suspek kemudiannya ditahan di rumah sewanya di Langkap kira-kira jam 5 petang, hari sama," katanya.
Beliau berkata, suspek didakwa dengan 15 pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan Tipu di Mahkamah Majistret Teluk Intan, 1 Oktober lalu, namun mengaku tidak bersalah.
"Pada masa sama, suspek turut dituduh di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959 kerana tinggal lebih masa di Malaysia dan didenda RM10,000.
"Bagaimanapun, suspek tidak membayar denda tersebut dan memilih untuk menjalani hukuman penjara empat bulan di Penjara Taiping,” katanya.
sumber
http://ift.tt/1OinKZD
| Asisten Komisioner Mohd Shuhaily |

from KeZooM http://ift.tt/1OinMAO
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself