Halloween party ideas 2015

Pemandu Kereta Sapu Amuk Kat Pemandu Teksi SAH | Insiden berebut penumpang dipercayai punca seorang pemandu teksi wanita pengsan selama 15 minit apabila kepalanya terhantuk pada batu selepas ditolak seorang lelaki yang juga pemilik kereta sapu dalam kejadian di hadapan pintu masuk sebuah kolej di pekan Kuala Pilah, kelmarin.

Pemandu Kereta Sapu Amuk Kat Pemandu Teksi SAH

Mangsa Loong Chew Lan, 64, pengsan akibat cedera di kepala sebelum menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah.

Difahamkan, kejadian berlaku pada jam 2.30 petang ketika lelaki terbabit dipercayai tidak berpuas hati terhadap mangsa yang didakwa cuba merampas penumpangnya sebelum tercetus perang mulut.

Menceritakan semula kejadian itu, Loong berkata, pada hari kejadian, dua penumpang wanita yang juga pelajar kolej terbabit bersetuju menaiki teksinya untuk ke pusat beli-belah di pekan ini.

“Sebaik membuka pintu, lelaki terbabit datang dan seolah-olah tidak berpuas hati dengan tindakan saya membawa penumpang berkenaan. Lelaki itu kemudian menghalang sambil meminta RM2 daripada dua penumpang menyebabkan saya tidak berpuas hati lalu menegurnya.

“Ia menyebabkan lelaki itu berang dan memarahi saya hingga berlaku pertikaman lidah sebelum saya ditolak sehingga jatuh menyebabkan kepala terhentak di atas batu.

“Saya tidak tahu apa berlaku selepas itu. Sebaik membuka mata, saya sudah berada di wad kecemasan HTAN dihantar anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),” katanya.

sumber
http://ift.tt/1WKlZYg


from KeZooM http://ift.tt/1MagDCx
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.