Bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman mengakui ditawarkan sesuatu untuk menutup mulut dari terus lantang bersuara khususnya membabitkan kritikan terhadap kerajaan.
Hamidah yang hadir sebagai panel Wacana Perdana Selamatkan Malaysia anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagaimanapun tidak mendedahkan bentuk tawaran yang dinyatakan.
"Jika diberi pilihan antara pemimpin dan parti, saya akan pilih parti, tetapi jika antara parti dan negara, saya lebih utamakan kepentingan negara dari parti.
"Apa yang terjadi (pemecatan dalam Umno) saya reda dan saya sanggup ketepikan kepentingan diri kerana bimbang apa yang berlaku hari ini dan apa yang akan berlaku pada masa akan datang," katanya ketika berucap pada wacana tersebut.
Turut menjadi panel pada wacana tersebut, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad.
Wacana Perdana Selamatkan Malaysia dianjurkan Perunding Ilmuan di sebuah hotel terkemuka di sini ~ Sinar Harian
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1Qh2tS9
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself