Halloween party ideas 2015

4 Tentera Di Buru Polis : Polis mengenal pasti empat suspek utama kes seorang anggota komando Rejimen 11 Gerak Khas Kem Sungai Udang, di sini, yang ditemui cedera teruk pada muka dengan tangan kanan digari pada kaki kiri di Sungai Timun, Lubuk China, awal pagi semalam.

4 Tentera Di Buru Polis

Setakat ini, polis giat memburu keempat-empat suspek yang sudah menghilangkan diri dan dipercayai anggota tentera.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim, berkata pihaknya kini bekerjasama dengan tentera bagi mendapatkan maklumat berhubung punca dan motif kejadian itu.

"Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai ditahan di Taman Peruna, Sungai Udang, sebelum dipukul teruk serta dipaksa untuk menaiki sebuah kenderaan.

"Mangsa kemudian digari menggunakan gari buatan negara jiran dengan tujuan untuk membuangnya ke dalam sungai," katanya ketika ditemui di pejabatnya.

Koperal Mohd Daud Karim, 26, yang dipercayai mangsa cubaan, ditemui penduduk kampung sebelum laporan polis dibuat.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan ke rumahnya selepas menyelesaikan satu urusan di kem berkenaan, kira-kira jam 1 pagi.

Kamaluddin berkata, mangsa yang menerima lebih 80 jahitan di kepala, muka dan bahagian mata akibat kecederaan teruk dipukul masih dirawat di Hospital Melaka.

4 Tentera Di Buru Polis

"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, kerana cubaan membunuh," katanya.

Sementara itu, cubaan BH untuk menemuramah Mohd Daud di Hospital Melaka gagal berikutan mangsa dikawal ketat oleh anggota tentera dan diarahkan untuk tidak menerima pelawat.

sumber
Berita Harian


from KeZooM http://ift.tt/20PWGWe
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.