Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Dianggarkan kerajaan perlu membelanjakan hampir RM500 juta untuk membeli 1,200 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Menurut maklumat yang diperolehi Nanyang Siang Pau daripada laman web Jenoptik Robot, pengeluar kamera AES berpangkalan di Jerman, Malaysia membelanjakan AS$53 juta (RM267 juta) untuk membeli 550 kamera AES buat pertama kalinya pada 2012.

Sabtu lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan akan menambah 1,200 kamera AES yang memerlukan anggaran kos sebanyak AS$115 juta (RM450 juta).

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, penambahan kamera AES di seluruh negara tidak patut dipolitikkan, kerana ia merupakan usaha kerajaan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, bukannya untuk menghukum pemandu kenderaan.

Laporan kewangan suku kedua Jenoptik Robot pada 2012 menunjukkan, syarikat itu mendapat kontrak membekalkan 550 kamera AES pada harga AS$53 juta.

Ini bermakna, purata seunit kamera AES menelan belanja AS$96,364 (kira-kira RM375,819).

Jika mengikut kiraan harga itu, kerajaan perlu membelanjakan hampir RM500 juta untuk membeli tambahan 1,200 kamera AES dan kos itu belum merangkumi kadar inflasi lapor FMT





from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1Ni1TDY

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.