Rombakan kabinet yang diumumkan perdana menteri semalam disifatkan “sangat mengejutkan” apabila menteri kewangan kedua Datuk Seri Husni Hanadzlah tidak mahu lagi menyertai kabinet Datuk Seri Najib Razak.
Anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata ia menimbulkan teka-teki kerana dibuat ketika negara dilanda krisis kewangan dan kontroversi 1MDB yang belum selesai.
“Saya berkeyakinan kedudukan mereka dalam kabinet mempunyai banyak pengetahuan yang tersembunyi berkaitan perkara penting yang membabitkan Najib dalam skandal besar negara sehingga mereka tidak lagi bersedia bersekongkol dengan kejahatan Najib.
“Perletakan jawatan Husni menimbul dan meninggalkan seribu satu persoalan.
"Yang pasti bagi saya ini adalah protes senyap dan undi tidak percaya terhadap Najib,” katanya.
Dalam rombakan kabinet semalam, Najib mengumumkan 'kenaikan pangkat' Datuk Johari Abdul Ghani daripada timbalan menteri kewangan kepada Menteri Kewangan Kedua.
Johari menggantikan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang dikatakan meminta untuk berundur atas sebab peribadi.
Dalam kenyataan hari ini, Mahfuz juga berkata berharap Husni “tampil untuk berkata benar untuk negara dan rakyat”.
“Tidak cukup sekadar melepaskan semua jawatan tanpa terus berjuang. Demi Malaysia, Husni perlu bersama rakyat Selamatkan Malaysia,” kata bekas naib presiden PAS itu lapor Malaysiakini
"Beliau dikatakan tidak setuju dengan hasrat Najib mahu menukarkannya daripada Kementerian Kewangan ke Jabatan Perdana Menteri bagi mengambil alih tempat Abdul Wahib Omar yang sebelum ini sudah pun memilih tidak mahu dilantik lagi menganggotai kabinet.
"Kata rakan tersebut, beliau diberitahu mengenai perkara itu oleh salah seorang pembantu Husni sendiri pada petang semalam lagi.
"Katanya, Husni agak kecewa dengan pertukaran itu memandangkan beliau selama ini telah dengan baik memainkan peranan sebagai Menteri Kewangan Kedua dan jurucakap yang dilantik oleh kabinet untuk menjawab dan menangani hal-hal berkaitan 1MDB.
Sepenuhnya silalah baca di ( SINI )
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/2900jET
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself