KUALA LUMPUR, 4 Jun - Kegembiraan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini tidak berpanjangan apabila terlihat karikaturnya, sebagai seorang “diktator” pula, sedang menujukkan jari tengah.
Karikatur dalam buku mewarna ABC Politikus Malaysia dihadiahkan kepada mantan perdana menteri oleh pelukisnya Fahmi Reza dalam satu acara di sebuah pusat beli-belah di sini.
Pelukis grafik itu dan pengkritik politik itu menyerahkan bukunya ketika majlis pelancaran buku terbaru Mahathir Dr M: Apa Habaq Orang Muda di Publika, petang tadi.
“Aku kata, ‘ini buku mewarna ABC Politikus Malaysia. Mula-mula dia senyum,” cerita Fahmi.
“Tetapi semasa aku menyerahkan buku itu, aku membuka muka surat ‘D untuk diktator’ yang dihiasi dengan lukisan wajahnya yang menunjukkan [isyarat lucah] jari tengah.
“Dia tergamam, tidak berkata apa-apa tetapi aku boleh dengar bunyi dengusan tanda tidak setuju daripadanya,” coret aktivis itu di laman Facebook.
Fahmi akan dihadapkan di mahkamah Isnin ini bawah Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung karikaturnya yang menggambarkan perdana menteri sebagai “badut”.
Petang ini, beliau ditahan oleh polis Sentul, dipercayai berhubung penjualan baju T “kita semua penghasut”, slogan dalam siri kritiknya terhadap Datuk Seri Najib Razak.
Selain Dr Mahathir, buku mewarna itu yang diterbitkan tahun lalu turut memaparkan gambar Najib dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ia juga menyindir tokoh-tokoh pembangkang, seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili huruf G bagi “gagalis” dan Lim Kit Siang pula E untuk “egomania”.
Buku terbaru bekas tokoh Umno itu mengandungi koleksi ungkapan menarik yang diambil daripada ucapan, temubual dan tulisan beliau.
Dr Mahathir, yang kini memimpin gerakan anti-Najib, meyampaikan mesej tentang demokrasi, perpaduan, pendidikan, ekonomi, budaya dan sistem nilai.
Dr M: Apa Habaq Orang Muda juga memuatkan ulasan berhubung isu-isu mutakhir yang menjadi subjek fokusnya.
Majlis pelancaran dan diskusi itu sebahagian program pameran dan jualan buku indie KL Alternative Bookfest selama dua hari sehingga esok di situ lapor The Malay Mail
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1XZLF54
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself