Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas) Mohd Ridzuan Abdullah hari ini mempersoalkan sama ada wujud elemen rasuah di sebalik tender lokasi bazar Ramadan.

Beliau mendakwa pihaknya menerima banyak aduan daripada peniaga berhubung tapak bazar di Bandar Melaka, Alor Setar, Putrajaya dan kawasan pilihan di Kuala Lumpur disewakan pada harga amat tinggi dengan ada yang mencecah ribuan ringgit sebulan.

Bercakap pada sidang media di Sunway Nexis di sini, hari ini, Ridzuan mendakwa pihak berkuasa tempatan (PBT) menjadikan sewa bazar Ramadan sebagai perniagaan yang amat menguntungkan.

“PBT perlu kawal harga tapak bazar ini. Mereka bukan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) yang perlu mengambil untuk daripada rakyat, sehingga mereka mengenakan harga mengarut untuk tapak berkenaan,” katanya.

Ridzuan juga menyelar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kerana tidak menjalankan tugas mereka melindungi penjaja.

“Menteri sebelum ini sudah cukup teruk, tetapi menteri sekarang (Datuk Seri Hamzah Zainudin) cakap banyak tapi tidak melakukan apa-apa untuk membantu penjaja.

“Saya terima banyak aduan jika ke pejabat mereka di Putrajaya, hendak jumpa kerani mereka pun hampir mustahil dan saya jamin anda telefon mereka tidak akan dapat pun.

“Kami gesa kementerian mengambil serius perkara ini dan bukan sekadar saman peniaga kecil saja. Kami desak perdana menteri dan kementerian amil tindakan segera,” katanya lapor FMT





from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1XD0JHn

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.