Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan rombakan Kabinet hari ini, menurut beberapa laporan media yang memetik sumber.
Rombakan tersebut dijangka melibatkan empat jawatan menteri dan tiga jawatan timbalan menteri.
Beberapa perubahan berlaku dalam kabinet baru-baru ini, khususnya selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak Mei lalu.
Antaranya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas melepaskan jawatannya sebagai menteri perusahaan perladangan dan komoditi, selepas dilantik menjadi timbalan ketua menteri Sarawak susulan kemenangan Barisan Nasional.
Jawatan timbalan menteri perusahaan, perladangan dan komoditi juga kosong selepas kematian Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sarawak, Mei lalu.
Sementara Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala tamat tempoh dua penggal menjadi senator, dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar diberitakan tidak mahu menyambung jawatannya selepas tamat tempoh sebagai senator.
Turut kosong ialah jawatan timbalan menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan selepas Datuk Seri Ahmad Bashah dilantik jadi menteri besar Kedah.
Najib sebelum ini berkata beliau perlu masa untuk memikirkan rombakan kabinet.
Kali terakhir rombakan kabinet dilakukan ialah pada Julai 2015 ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal digugurkan, bersama tiga yang lain lapor FMT.
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/28Y9cDB
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself