Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP untuk tidak meneruskan cadangannya mengadakan pilihan raya mengejut menunjukkan mereka takut kepada PKR.

Naib pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong berkata walaupun DAP mempunyai 19 kerusi di dewan undangan negeri berbanding 10 yang dikuasai PKR, parti itu masih perlu mengikut kehendak PKR kerana mereka tidak memiliki keberanian.

“DAP takut kepada PKR, walaupun mereka mempunyai kelebihan dari segi jumlah kerusi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini berkata DAP tidak akan meneruskan cadangannya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi mengadakan pilihan raya mengejut.

Menurut Lim, keputusan itu diambil kerana cadangan DAP tidak mendapat sokongan rakannya dalam Pakatan, PKR, yang menghadapi risiko kehilangan lebih banyak kerusi berbanding DAP.

Sebelum ini, Gerakan mengumumkan mereka akan bertanding bagi 13 kerusi sekiranya pilihan raya negeri mengejut diadakan dan yakin akan mencatat prestasi lebih baik berbanding pada pilihan raya sebelum ini.

Idea mengadakan pilihan raya mengejut ditimbulkan DAP selepas Lim dihadapkan ke mahkamah bagi dua tuduhan rasuah awal bulan ini ~ The Malay Mail





from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/2ao55ey

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.